Susulan ramai pengguna yang membuat aduan mengenai kehilangan wang simpanan dalam akaun bank, pihak CIMB dalam respon awalnya kepada netizen berhati-hati apabila membeli-belah secara online bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.
Terdahulu, seorang penggunanya mendakwa wang simpanannya hilang selepas mendaftar masuk untuk menyemak baki akaun. Ketika mendaftar masuk, pengadu mendakwa ternampak butang pengesahan 'reCAPTCHA' dan mengesyaki itu adalah punca kehilangan wangnya.
Dalam respon kepada pertanyaan netizen mengenai perkara itu, pengendali laman Facebook rasmi CIMB Malaysia memaklumkan, penggunaan pengesahan reCAPTCHA itu adalah bagi tujuan keselamatan.
"Bagi tujuan keselamatan dan pengesahan, pemegang akaun diminta untuk membuat pengesahan reCATPCHA. Setelah berjaya, anda boleh log masuk seperti biasa," katanya.
Bagi membuktikan perkara itu, salah seorang pemegang akaun CIMB merakam proses login ke akaun tersebut melalui telefon bimbitnya dan ternyata dia dapat mengakses akaunnya dengan password yang salah.
Facebook CIMB Malaysia kini dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari para pengguna dan ramai yang mendesak pihak bank berkenaan mengambil tindakan segera bagi menangani kes tersebut kerana bimbang wang simpanan mereka hilang begitu sahaja.
0 Comments