Percutian Di Maldive Akhirnya Dedahkan Fazura Berbadan Dua

Percutian Di Maldive Akhirnya Dedahkan Fazura Berbadan Dua

Percutian Di Maldive Akhirnya Dedahkan Fazura Berbadan Dua

Fattah Amin dan Nur Fazura adalah pasangan selebriti paling hangat ketika ini. Setiap langkah mereka pastinya menjadi bualan ramai. 

Baru-baru ini, mereka mengumumkan akan bercuti pada penghujung 2018 untuk mind freshing sebelum permulaan tahun baru 2019.

Melalui muat naik di akaun instagramnya, pasangan ini didapati sedang menikmati percutian di pulau Maldives, Fattah juga ada berkongsi video ‘candid’ isteri tercinta sedang asyik ‘selfie’ berlatarbelakangkan pemandangan lautan biru yang indah.
                          

Video tersebut  secara tidak sengaja menampakkan bentuk tubuh badan Fazura yang sedikit berisi di bahagian perut. 

Rata-rata netizen mula perasan ‘sesuatu’ dan mengesyaki aktres itu sedang hamil apatah lagi jelas kelihatan seakan sudah ada ‘baby bump’. Jom layan video yang disertakan ini..

Wah, ramai yang ucap tahniah kepada pasangan ini dan sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran FattZura junior. Pasti kacak dan cantik kan?

Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Fattah dan Fazura nanti.

Sambil-sambil tunggu pengumuman fattzura, jom layan antara komen-komen peminatnya yang dah menyedari bahawa pelakon kesayangan mereka ini sudah berbadan dua

Post a Comment

0 Comments