Bulan terbalik, ada yang dakwa bumi sudah beralih kedudukan

Bulan terbalik, ada yang dakwa bumi sudah beralih kedudukan

Bulan terbalik, ada yang dakwa bumi sudah beralih kedudukan

BEBERAPA rakaman video serta foto yang memaparkan bulan pada posisi sedikit berlainan ternyata mencetuskan kebimbangan ramai.

Malah, ada sebilangan pihak yang mengandaikan bumi telah beralih sehingga bulan dilihat seolah-olah terbalik, tidak seperti posisi yang biasa dilihat.

"Apa sebenarnya yang memberi perspektif ini sehingga kita nampak bulan seolah-olah tergantung secara terbalik," soal seorang individu.

Namun, setelah penelitian dilakukan, seorang ahli konspirasi menyimpulkan fenomena itu berlaku kerana bulan sedang bergerak pada orbit yang lebih tinggi.

Ia sekaligus menyebabkan wujudnya bayang-bayang di permukaannya sehingga ia tidak kelihatan seperti kedudukan bulan yang normal.

Teori itu dijelaskan oleh seorang ahli konspirasi popular Youtube, MrMBB333 menerusi saluran di platform itu.

Video posisi bulan yang dikatakan aneh itu dimuat naik pada 18 Disember lalu dan sudahpun ditonton lebih 50,000 pelayar internet.

Orang ramai turut memberi komen mereka berhubung fenomena itu dan ada yang menyifatkannya sebagai tanda-tanda dunia bakal berakhir.

"Bulan dah beralih atau apa yang berlaku sebenarnya?" soal seorang individu.
"Kita hidup di dunia akhir zaman," komen seorang lagi individu. - Daily Star.

Post a Comment

0 Comments