Tiada lagi 'teka teki' warna baju Najib

Tiada lagi 'teka teki' warna baju Najib

Tiada lagi 'teka teki' warna baju Najib

Teka-teki baju yang dipakai Guan Eng terjawab apabila beliau mengenakan suit hitam pada pembentangan Bajet 2019, hari ini

KUALA LUMPUR: Saban tahun tatkala pembentangan belanjawan tiba selain intipati, perkara yang turut ditunggu-tunggu adalah mengenai teka-teki warna baju yang dipakai oleh Menteri Kewangan.

Sebelum ini orang yang ditunggu ketika pembentangan belanjawan sudah semestinya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada era kerajaan BN.

Jadi setiap kali hadirnya pembentangan belanjawan sudah semestinya teka-teki mengenai warna baju yang dipakai Najib turut mendapat perhatian.

Malah, di laman sosial ada yang menganjurkan pertandingan teka warna baju Najib.


Tetapi tidak tahun ini apabila PH buat pertama kalinya menjadi kerajaan dan kini giliran baju Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjadi perhatian.

Teka-teki baju yang dipakai Guan Eng terjawab apabila beliau mengenakan suit hitam pada pembentangan Bajet 2019, hari ini.

Beliau dijangka membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat jam 4 petang ini.

Post a Comment

0 Comments