Kisah Lim Guan Eng bangga ketika keluar dari bangunan Parlimen

loading...
Loading...
Kisah Lim Guan Eng bangga ketika keluar dari bangunan Parlimen

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melahirkan rasa bangga ketika melangkah keluar dari Kementerian Kewangan di sini hari ini untuk membentangkan Belanjawan 2019 di bangunan Parlimen, petang ini.

Guan Eng juga berbangga apabila beliau satu-satunya pemimpin DAP berbangsa Cina yang diberi amanah untuk membentang rancangan ekonomi negara setelah Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya sejak 9 Mei lalu.


“Saya rasa sangat berbangga, jumpa anda di Parlimen nanti,” katanya kepada pemberita sebelum melangkah masuk ke kenderaan rasmi kerajaan, di lobi Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP hari ini akan membentangkan Belanjawan 2019 kerajaan baharu kali pertama oleh bukan Perdana Menteri seperti kebiasaan sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments