“Orang Lain Mungkin Dah Lari. Demi Tanggungjawab Dan Peminat Dia Tetap Di Situ,” – Ziana Zain Tabik Semangat Zamani

“Orang Lain Mungkin Dah Lari. Demi Tanggungjawab Dan Peminat Dia Tetap Di Situ,” – Ziana Zain Tabik Semangat Zamani

“Orang Lain Mungkin Dah Lari. Demi Tanggungjawab Dan Peminat Dia Tetap Di Situ,” – Ziana Zain Tabik Semangat Zamani

Penyanyi terkenal, Ziana Zain turut bersimpati atas insiden yang dilalui rakan artis, Zamani yang mengalami masalah suara dan kesihatan di saat dirinya sedang bertanding di Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Katanya kepada MH, apa yang dilakui penyanyi Gerimis Mengundang itu merupakan suatu perkara normal melibatkan penyanyi. Bagaimanapun, Ziana tabik dengan semangat dan rasa tanggungjawab penyanyi berkenaan yang tetap berdiri di atas pentas meski tidak sihat.

Terdahulu, Zamani tidak mampu menyelesaikan persembahan di minggu kelima GV apabila mengalami masalah suara koyak.

“Saya simpati atas apa berlaku dan jujurnya ia suatu yang normal bagi kami yang bergelar penyanyi. Saya sendiri pernah alami di mana dua hari sebelum Juara Lagu 96, saya tiada suara sebab tak sihat.

“Mahu tidak mahu kena cari ikhtiar, jumpa doktor dan doa banyak-banyak agar semuanya dipermudahkan. Siapa yang pernah alami, dia akan faham,” jelasnya.

Pada masa sama, Ziana turut berpesan kepada Zamani supaya harungi apa yang telah berlaku dengan sebaik mungkin kerana mungkin ada yang tidak faham dengan situasi yang dialami.

“Lalu apa yang ada di depan. Mereka tidak berada di tempat kita. Jalankan apa yang sudah ditugaskan dengan sebaik mungkin, cuba penuhi apa yang diharapkan peminat untuk saingan minggu ini.

“Harapnya Zamani cepat sembuh. Usah patah semangat, minta doa denganNya agar semuanya dipermudahkan, insyaAllah,” kongsi Ziana yang turut menonton apa yang berlaku di kaca TV.

“Tetapi sekurang-kurangnya dia berani, berdiri di atas pentas meski kesihatannya pada ketika itu tidak berapa baik. Dia sudah berikan sokongan pada GV, dan para peminatnya. Tabik dengan semangat Zamani.

“Kalau orang lain mungkin dah lari. Demi tanggungjawab dan peminat, dia tetap di situ,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments