Mayat Khashoggi dilarut dalam asid sebelum dibuang ke longkang

Mayat Khashoggi dilarut dalam asid sebelum dibuang ke longkang

Mayat Khashoggi dilarut dalam asid sebelum dibuang ke longkang

Jamal Khashoggi kali terakhir dilihat memasuki Konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya. (Gambar AFP)


ANKARA: Pembunuh merendam mayat wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dalam asid sebelum membuang larutan itu ke longkang, lapor sebuah akhbar Turki hari ini.

Sampel yang diambil dari longkang di Konsulat Saudi di Istanbul menunjukkan kesan asid, lapor akhbar pro-kerajaan, Sabah tanpa memetik sumber.

Akhbar itu melaporkan tindakan itu menyebabkan penyiasat percaya mayat pengkritik Riyadh terbabit dihapuskan dalam bentuk cecair sebelum dibuang ke longkang.

Khashoggi kali terakhir dilihat memasuki konsulat itu pada 2 Oktober lalu untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya, tetapi mayatnya tidak dijumpai sehingga kini.
Selepas berulang kali membuat penafian, Saudi akhirnya mengakui lelaki berusia 59 tahun itu dibunuh dalam konsulat terbabit dalam satu operasi.

Bagaimanapun, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa “peringkat tertinggi” kerajaan Saudi mengarahkan pembunuhan itu, manakala beberapa pegawai menuding jari ke arah Putera Mahkota, Mohammed bin Salman.

Minggu lalu, Yasin Aktay yang merupakan penasihat Erdogan berkata, mayat Khashoggi mungkin dilarutkan dalam asid.

Isnin lalu, seorang pegawai Turki dilaporkan berkata, Saudi menghantar 2 pakar ke Istanbul dengan matlamat khusus menyembunyikan bukti pembunuhan itu.

Khamis lalu, tunang Khashoggi dari Turki, Hatice Cengiz menerusi Twitternya menulis: “Saya tidak dapat menyuarakan kesedihan saya selepas mendengar mayat anda dihapuskan, Jamal!

“Mereka membunuh, mengerat badan anda, menghalang saya dan keluarga anda melakukan solat jenazah dan mengebumikan anda di Madinah mengikut kehendak.”

Seorang pegawai Turki minggu ini mengesahkan laporan Sabah yang pakar kimia, Ahmad Abdulaziz al-Janobi dan pakar toksikologi, Khaled Yahya al-Zahrani antara pasukan yang dihantar dari Saudi, ketika siasatan dijalankan ke atas pembunuhan itu.

Akhbar itu melaporkan mereka ke konsulat setiap hari, sejak tiba pada 11 Oktober hingga 17 Okotber lalu.

Saudi hanya membenarkan polis Turki menggeledah bangunan itu pada 15 Oktober lalu.

Post a Comment

0 Comments