Tak Pernah Jumpa Ibu Mertua,Ini Cara Kate Mengingati Puteri Diana

Tak Pernah Jumpa Ibu Mertua,Ini Cara Kate Mengingati Puteri Diana

Tak Pernah Jumpa Ibu Mertua,Ini Cara Kate Mengingati Puteri Diana

Memegang gelaran The Duchess Of Cambridge pastinya membuatkan Kate Middleton sentiasa harus tampil perfect dengan gaya dan penampilannya yang elegan. 

Bahkan, sebagai wanita diraja yang menjadi tumpuan seluruh mata di dunia, Kate harus bijak berbusana dengan kaedah dan aturan yang sesuai mengikut istana seperti berpakaian sopan, kemas dan tidak menampakkan belahan dada.
Apa yang menariknya, Kate sering dilihat mengenakan topi besar dan hiasan bunga sebagai pelengkap gaya. Walaupun busana yang digayakan tampak ringkas, isteri kepada Putera William yang memegang gelaran Duke Of Cambridge ini masih mampu tampil menawan dan stylish!


Ini antara beberapa gaya yang menjadi pilihan Kate dan tidak terlampau jika dikatakan beliau mencipta satu fenomena baru dalam industri fesyen selepas mendiang ibu mertuanya, Lady Diana terkenal sebagai seorang yang sangat fashionable. 
Walaupun tidak pernah bertemu, Kate mempunyai cara tersendiri untuk mengingati ibu mertuanya itu. Sepintas, kedua-dua mereka nampak sama cantik dengan aura yang dimiliki masing-masing.

1. Diana ketika menghadiri Remembrance Sunday Service pada tahun 1991 dan Kate menghadiri acara yang sama pada tahun 2016. Mereka berdua memilih busana dan topi bersaiz besar rona hitam untuk digayakan di acara tersebut.

2. Diana mengenakan busana Catherine Walker saat hadiri layanan Paskah pada tahun 1987 dan Kate ketika mengunjungi kilang minyak Pembroke pada tahun 2014.

3. Diana ketika mengunjungi Westminster pada tahun 1990 dan Kate ketika mengunjungi Larence Centre di London tahun 2015

4. Diana ketika menghadiri perarakan pada tahun 1987 dan Kate saat mengunjungi Taman Bletchey pada tahun 2014.

5. Diana ketika menyambut Hari Krismas tahun 1993 dan Kate ketika menghadiri Perarakan Sovereign pada tahun 2006.

6. Diana ketika mengunjungi Shaukat Khanum Memorial Hospital di Pakistan pada tahun 1996. Kate saat mengunjungi masjid di Malaysia pada tahun 2012.

7. Diana ketika pertama kali melakukan kunjungan pada tahun 1981 dan Kate ketika menghadiri acara perkahwinan pada tahun 2006.

8. Diana & Kate kelihatan anggun dengan mengenakan gaun renda bewarna biru.
Jangan Lupa Komen

Post a Comment

0 Comments