Ini 3 Permintaan pelik terakhir pramugari Lion Air sebelum pergi buat selama-lamanya

Ini 3 Permintaan pelik terakhir pramugari Lion Air sebelum pergi buat selama-lamanya

Ini 3 Permintaan pelik terakhir pramugari Lion Air sebelum pergi buat selama-lamanya

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pelbagai kisah sedih dan menyayat hati melibatkan mereka yang terlibat dalam nahas Lion Air di Jakarta dan antaranya ialah kisah permintaan terakhir pramugari pesawat berkenaan sebagaimana dilaporkan Merdeka.com.

1. Minta didoakan cepat bernikah


Sebelum terkorban dalam nahas Lion Air JT610, Mery sempat mengungkapkan permintaan terakhirnya, meminta didoakan cepat bernikah.

Pramugari Lion Air Anggita Eka Octavia menceritakan tentang Mery. Mery adalah orang yang sangat baik dan mesra. Anggita juga mengatakan bahwa Mery ingin bertemu teman lelakinya di Aceh. Kasihan dia (Mery) kerana perlu bertugas sedangkan dia mahu bertemu kekasihnya di Aceh, kali terakhir mereka bertemu dia minta didoakan cepat bernikah. Teman lelakinya dikatakan memang mahu melamarnya.

2. Minta dibelikan cadar baharu


Ibu saudara Citra mengatakan dua hari sebelum penerbangan ke Pangkal Pinang, Citra sempat meminta ibunya untuk dibelikan cadar yang baharu. Permintaan Citra terkabul, ibunya membelikan cadar baharu.

Cadar itu dirancang untuk digunakan apabila Citra pulang pada 23 November nanti. Citra sudah mengambil cuti dan akan meraikan ulang tahunnya yang ke-26, pada 6 November.

3. Jangan padam foto yang sudah dikirim

Citra merupakan seorang anak yang sangat manja dengan ibunya. Seorang jirannya menceritakan, Citra sempat mengirim foto kepada ibunya, dan meminta agar foto itu jangan dipadam. Foto itu ternyata sebagai kenang-kenangan terakhir bagi ibunya.

Kotak hitam Lion Air mungkin ditemui

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terheempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini.
Ketua tentera, Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada pemberita bahawa penyelam sudah memeriksa lokasi terbabit, namun mereka berdepan kesukaran dengan arus deras.

“Kami berharap untuk melabuhkan sauh, malam ini dan menghantar jentera dalam air tanpa pemandu (ROV) sekali lagi.

“Saya pasti kita akan menemui kotak hitam dengan petunjuk kukuh ini. Bahagian utama pesawat tidak jauh dari sini,” kata Tjahjanto. 

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Penampakan Sebahagian Badan Pesawat Lion Air JT610 yang Ditemukan di Dasar Laut


Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang ditemukan pada kedalaman 32,5 meter.

Penemuan puing badan pesawat ini disiarkan langsung di salah sebuah syarikat penyiaran swasta.
Dari rakaman video tersebut, terlihat puing dan bongkahan besar pesawat dari yang berukuran kecil hingga besar.

Selain itu, ada pula kad pengenalan maangsa dan kelihatan seperti bahagian ekor pesawat. Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan itu ditemukan sekitar pukul 5 petang.

Badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan pada penyelaman keenam.

Badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan pada jarak 40 kilometer dari lokasi berangkat pasukan penyelam di Marunda.
Lokasi badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan itu sesuai area yang sudah ditetapkan Basarnas, yakni dalam radius sekita 15 mil laut.

SUMBER : TribunNews

Post a Comment

0 Comments