“Dia Bekerja Tanpa Henti Dan Lupa Makan” – Tak tahan lihat Bapa dikecam, anak Lim Guan Eng Tampil dedah perkara sebenar

“Dia Bekerja Tanpa Henti Dan Lupa Makan” – Tak tahan lihat Bapa dikecam, anak Lim Guan Eng Tampil dedah perkara sebenar

“Dia Bekerja Tanpa Henti Dan Lupa Makan” – Tak tahan lihat Bapa dikecam, anak Lim Guan Eng Tampil dedah perkara sebenar

Semalam, 12 November, telah viral gambar Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng tidur semasa berlangsungnya perbahasan Belanjawan 2019
Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa dengan caption, “Menteri kewangan kerajaan tertidur…atau terus tidur?”



View image on Twitter
View image on Twitter

Shadow MenKew BN sedang membahaskan BAJET 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER)/@bajet alternatif..
MenKew Kerajaan tertidur...atau terus tidur???

213 people are talking about this
Lim Guan Eng bagaimanapun telah memberi respon dalam Twitter peribadinya dengan menyatakan bahawa beliau pada ketika itu sedang merehatkan matanya akibat ketidakselesaan.
Menurutnya, beliau masih mampu untuk hadir mendengar perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2019 oleh ucapan wakil pembangkang, Khairy Jamaluddin. Bukan itu sahaja, beliau turut memuat naik satu imej yang memaparkan nota catatan dari pembentangan Khairy dalam perbahasan di sidang Dewan Rakyat pada hari Isnin yang lalu.
Marcus Lim, anak Menteri Kewangan itu, baru-baru ini telah tampil membela bapanya yang dikecam kerana tidur di dewan parlimen
Anak ketiga Lim Guan Eng berkata bapanya telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah hutang Malaysia dan memulihkan semula negara tetapi ini menyebabkan beliau tidak mendapat rehat yang mencukupi.
“Bagi sesetengah orang, mereka mungkin berfikir jawatan menteri kewangan itu glamor, tetapi bagi saya tugas itu menjadi tekanan tanpa henti kepadanya.
“Selama enam bulan ini, saya telah melihat beliau bekerja tanpa henti dari 8 pagi hingga 11 malam, tujuh hari seminggu. Saya tidak tahu jika beliau dapat tidur nyenyak lapan jam sehari sejak Mei tahun ini. Kadang-kadang beliau terlepas makan tengah hari atau makan malam kerana menghadiri mesyuarat atau hanya untuk menyelesaikan timbunan kerja di pejabat.
“Semasa tempoh sebelum belanjawan baru-baru ini, pada suatu ketika beliau hanya dapat tidur selama tiga jam sehari untuk sepanjang minggu. Beliau bekerja dengan pasukannya sehingga larut malam dan terpaksa bermalam di pejabat untuk menyediakan belanjawan pertamanya.
“Beliau mahu memastikan semua orang akan mendapat fa9edah walaupun kerajaan mempunyai dana yang terhad,” katanya dalam satu posting di laman Facebook peribadinya.
Marcus berkata walaupun ramai yang mengecam Menteri Kewangan berdasarkan gambar tersebut namun dia bangga mempunyai Lim Guan Eng sebagai bapanya
“Bagi saya, beliau akan sentiasa menjadi seorang wira di hati saya.
“Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang kerana menyiarkan gambar berkenaan supaya membolehkan semua orang mengetahui bahawa ayah saya bekerja keras untuk negara ini,” katanya.

sumber: mkini

Post a Comment

0 Comments