Tak Butang Baju Bukti Meghan Hamil?

Tak Butang Baju Bukti Meghan Hamil?

Tak Butang Baju Bukti Meghan Hamil?

MEGHAN Markle kembali ke lokasi majlis perkahwinannya pada Jumaat selepas lima bulan bergelar isteri kepada Putera Harry.

Pasangan diraja itu berkahwin di Gereja St George di Istana Windsor, United Kingdom pada Mei lalu dan kini menghadiri perkahwinan sepupu Harry, Puteri Eugenie pada Jumaat.

Duchess of Sussex itu tiba bersama suaminya, tetapi orang ramai memberi tumpuan pada bahagian perut Meghan.

Dengan gaya anggun, Meghan menyarung busana biru rekaan Givenchy, tetapi dilihat tidak membutangkan pada bahagian perutnya.

Keadaan itu dilihat seolah-olah isteri Putera Harry itu kelihatan lebih besar daripada kebiasaan.



Meghan anggun menyarungkan busana biru tetapi tidak dibutangkan pada bahagian perut menimbulkan spekulasi dia kini hamil. Foto PA

Khabar angin bertiup kencang di laman sosial Twitter yang beranggapan Meghan kini sedang hamil.
"Sesuatu mengenai pilihan pakaian Meghan yang membuatkan saya fikir dia mengandung dan cuba menyembunyikan 'baby bump' dia. Ia terlalu konservatif."

Rata-rata yang lain melihat pasangan itu cuba menyimpan berita gembira itu sehingga majlis perkahwinan sepupu Harry.

"Saya fikir akan ada pengumuman mengenai Meghan hamil, pada Ahad atau Isnin," tulis seorang netizen.

Beberapa netizen menolak khabar angin selepas melihat Meghan beberapa hari lalu tanpa dilihat menyembunyikan bahagian perutnya.

Berkongsi gambar Meghan memakai skirt, mereka berkata" Ini beberapa hari lalu. Jika Meghan hamil, dia tak perlu menyembunyikannya lagi."

"Adakah dia hanya mahu Eugine mendapat perhatian sepenuhnya hari ini?" soal netizen.
Setakat ini, tiada pengumuman mengenai kehamilan Meghan.

Pasangan diraja itu akan berkunjung ke Sydney, Australia pada Selasa ini bagi memulakan program jelajah ke negara-negara Komanwel.

Post a Comment

0 Comments