PRK PD: Petugas Media Lebih Ramai Dari Pengundi

PRK PD: Petugas Media Lebih Ramai Dari Pengundi

PRK PD: Petugas Media Lebih Ramai Dari Pengundi

PORT DICKSON: Kira-kira 40 petugas media menunggu kehadiran calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Tan Sri Isa Samad, yang akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Linggi, di sini.
Bilangan itu dilihat lebih ramai daripada pengundi yang datang secara berperingkat sejak pusat pengundian itu dibuka jam 9 pagi tadi.
Beberapa pengundi terutama warga emas yang hadir, kelihatan terpinga-pinga apabila melihat keadaan itu, namun kebanyakan mereka tersenyum apabila menyedari bukan mereka yang menjadi tumpuan lensa kamera.
Sehingga jam 10.40 pagi, Mohd Isa yang juga calon tempatan tunggal dalam PRK itu, belum kelihatan.
Mohd Isa menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar selain empat lagi calon Bebas lain termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, selepas melawat beberapa pusat pengundian, Anwar dilihat meluangkan masa bersarapan bersama keluarganya di kawasan medan selera Batu 5, Jalan Pantai di sini.
Gambar berkenaan yang disebarkan menerusi WhatsApp menunjukkan Anwar ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya-anaknya.
Berdasarkan gambar, kelihatan Anwar Dr Wan Azizah dan anak-anaknya sedang menikmati air kelapa muda dan roti canai.
Seramai 68,317 pengundi layak menunaikan kewajipan pada PRK Parlimen Port Dickson hari ini sehingga pusat pengundian ditutup pada jam 5.30 petang.

Post a Comment

0 Comments