PELANCONG warga Australia mahu merasai urutan yang dinamakan 'naga merah' tanpa mengetahui kenapa ia dikenali sedemikian.
Namun selepas melalui pengalaman pertamanya itu, Candise Raison dan suaminya, Matthew dari Paringa yang ketika itu sedang bercuti di Bali terkejut apabila tubuh mereka dipenuhi tanda merah.
Kata Raison, mereka memutuskan untuk merasai urutan 'go jek', khidmat tukang urut yang datang ke bilik penginapan pelanggan.
Apabila tiba giliran suaminya, tukang urut bertanya sama ada dia mahu 'mengeluarkan naga merah daripada dalam tubuhnya', lapor Daily Mail Australia.
Isterinya yang menganggap ia umpama ritual keagamaan, hanya meminta tukang itu untuk memulakan urutannya.
Ketika itu dia terkejut melihat tukang urut menggunakan duit syiling dan dileret pada tubuh suaminya sambil memberitahu mereka menjelang esok akan ada naga merah.
Teknik urutan itu dikenali sebagai gua sha dan ia bagi mengurangkan kesakitan pada tisu otot.
Keesokkannya pasangan itu terkejut melihat tanda merah pada belakang suaminya dari tengkuk hingga ke pinggang.- Metro.co.uk
0 Comments