Kedai baju masih berhantu di London Street selepas 21 tahun

Kedai baju masih berhantu di London Street selepas 21 tahun

Kedai baju masih berhantu di London Street selepas 21 tahun

ADA sesuatu yang aneh dilihat di tingkat satu bangunan 35 London Street yang kini menjadi asas Norwich untuk Edinburgh Woollen Mill.

Pada 13 Disember 1997, Norwich Evening News melaporkan bangunan tersebut berhantu kerana berlaku beberapa kejadian menyeramkan.

"Selang beberapa minggu, saya akan terdengar suara lelaki dari arah koridor ketika saya duduk di pejabat saya yang terletak di tingkat bawah.

"Pada mulanya, saya ingat bunyi itu datang dari pejabat sebelah, tapi bilik itu kosong pada pagi berkenaan.

"Beberapa bulan pertama selepas kami membuka pejabat, kami akan berjalan masuk dan sebaik sahaja kami masuk ke koridor, kami rasa seram sejuk.

"Saya orang terakhir di sini pada waktu malam dan jadi orang pertama yang sampai pada pagi hari.

"Saya periksa semua bilik pada setiap malam bagi memastikan semua lampu dipadamkan sebelum saya balik.




Kerry di koridor Farnworths di London Street, Norwich pada 13 Dis 1997. - EN Library/Keith Whitmore

"Tapi, pagi itu saya nampak beberapa kotak disusun di tengah-tengah koridor, padahal ia tiada di situ pada malam sebelumnya.

"Saya perasan terdapat beberapa tanda pelik di lantai koridor pada waktu pagi. Ia kelihatan sangat seram," kata pengurus Kerry Hughes.

Kerry kemudian berbual dengan seoran pelanggan dan mendapati lelaki itu bekerja di bangunan tersebut selama hampir 30 tahun sehingga tahun 1980-an.

"Kami berbual sedikit tentang sejarah tempat ini dan beberapa ketika selepas itu, sewaktu saya bertanya kalau ada perkara aneh berlaku di sini, dia membalas: 'Jadi, kamu sudah jumpa dia?'.

"Dia sambung dan berkata ada koridor panjang di bahagian atas bangunan ini yang digunakan sebagai bilik jamuan. Di situlah segalanya bermula."

Sejak itu, terdapat beberapa laporan tentang kejadian pelik berlaku di bangunan London Street.

Pada hujung tahun lalu, separuh daripada penduduk Weird Norfolk terdengar kisah seorang pelanggan bercerita tentang nampak kelibat 'sesuatu' di tingkat atas, berhampiran bilik stok. - Eastern Daily Press

Post a Comment

0 Comments