Sebuah klip video pendek berdurasi 10 saat yang dimuat naik oleh seorang lelaki dipercayai seorang doktor telah menarik perhatian netizen.
Video tersebut menunjukkan keadaan disekitar katil pesakit di sebuah hospital. Apa yang mencuri pehatian adalah kapsyen yang ditulis berbunyi:
“Setiap malam pukul 11 mesti probe ni detect heart rate tapi takde patient. Probe dah tukar 2-3 kali. Adik katil sebelah boleh pulak cakap ‘Dr, kakak sebelah ni sakit apa?’ Dik, pakcik kat hospital lagi 26 jam dik
Pada awalnya sukar hendak difahami ayat yang ditulis oleh doktor berkenaan. Namun berdasarkan komen netizen yang tahu tentang alat-alat hospital baru min faham.
Alat pengesan jantung (probe) berbunyi sendiri
Apa yang cuba disampaikan oleh doktor berkenaan adalah, alat pengesan jantung (probe) di katil itu akan berbunyi atau dapat mengesan ‘heart rate’ pesakit setiap malam pukul 11. Apa yang menghairankan adalah, katil di situ tiada pesakit. Jadi bagaimana probe itu boleh berbunyi kalau takde pesakit? Aneh dan seram juga bunyinya kan..
Lebih memelikkan atau pendek cerita, lebih menyeramkan ialah apabila pesakit katil sebelah bertanya kepada doktor itu, ” Kakak sebelah ni sakit apa?”. Jadi keadaan itu seolah-olah adik ( pesakit) tadi dapat melihat ada ‘pesakit’ di katil yang didakwa kosong oleh doktor itu.
‘Kakak’ sebelah ni sakit apa?
Dan kemudian kapsyen yang berbunyi, “Dik, pakcik kat hospital lagi 26 jam dik”, boleh jadi merujuk kepada doktor tersebut yang kerisauan dengan soalan pesakit itu memandangkan dia masih perlu bekerja 26 jam lagi.
Mau tak risaunya, probe itu mengesan ‘heart rate’ sendiri walaupun tiada pesakit. Rata-rata netizen beranggapan situasi itu menyeramkan, mungkin kah ada gangguan entiti di situ. Dan betulkah adik, pesakit itu nampak ada ‘kakak’ di katil itu.
Sementara ada seorang netizen yang memberitahu probe tersebut sebenarnya mampu detect heart rate sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.
Tapi persoalan ” Kakak sebelah ni sakit apa?” masih belum terungkai dan tiada siapa dapat menjawab. Adakah kisah ini benar-benar terjadi. Jika betul probe itu mungkin telah detect heart rate orang lain di sekelilingnya, bagaimana pula dengan ‘kakak’ tadi. Ada ia wujud atau hanya khayalan pesakit itu semata-mata? Wallahualam
Jom baca apa komen netizen kat bawah so baru anda faham kejadian sebenar
Baca komen baru faham. Thanks awok-awok rupanya membantu jugak ya ingatkan nyemak jer kat sini!
1) Probe heart detect ni bukan ke boleh detect detik jantung sekliling? Sebab dulu masa arwah mak aku meninggal, doc dtg then cek. Ade mesin ni, masih bunyi lagi. Then kakak aku cakap la, doc cek la betul2 mak saya, tu ade detakan jantung lagi. Pastu doc tu cakap, mesin ni boleh detect detak jantung kat sekeliling dia. Hmm
2) Doctor ni bkn tulisan tgn je org x paham. Type kat ig pun org compius jgk. Dasyat penangan tulisan doctor ni. sy cdgkn cabut saja plug nye hahah
3) Dr tu kena on call straight tu rasanya.. cm 2 days straight keje siang mlm..nsib org dlm komen2 ni bijak sggh,ni dh fham ni,adeh seram nye lahai,nyesal bce.
4) Aduhai bdk tu pun, nampak “benda” yg doc & orang lain tak nampak, sabor je lah, 26 jam lagi tu
5) @narra_nro budak tu tnye doc tu org sebelh sakit ape. Jadi doc tu ckp la yg dia lagi 26 jam nk tunggu hbis shift . Doc pon seram la . Sebb org seblh xde sebenrnye
6) Mksd dr td,jgn la tkutkan dia,shift dia masih bbaki 26jam lg..ke kne o.t 26jam..mampos.xkn la..pening ah. Uuu . ‘Kakak’ ape laa adik tu nmpk
7) normal la probe spo2 pun boleh detect jugak klau tk de patient mybe dia dah auto reading..i think so.
8) @hanisqamisyah bdak sblah tnye doktor..org sblah skit pe, pdhal mne de org, doktor tu jd takut, dia ade msa ag 26jam bkrja nk kna hadap situasa seram tu, pdhal mesin tu shot
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
1 Comments