Rosmah Tunggu Giliran

loading...
Loading...
Rosmah  Tunggu Giliran

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) tidak menolak kemungkinan isteri kepada bekas Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor akan turut didakwa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata, namun ia belum diketahui bila tindakan itu akan diambil terhadap Rosmah.

"Saya tak nafikannya (I'm not denying on that),".


"Saya tiada maklumat tentang itu lagi," katanya apabila ditanya pemberita bila pendakwaan terhadap Rosmah akan dilakukan oleh SPRM.

Beliau berkata demikian selepas berakhirnya proses pendakwaan terhadap Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Berhubung perkara ini, terdahulu, peguam kepada Rosmah, Datuk Geethan Ram, menyatakan beliau tidak menerima sebarang notis daripada mana-mana pihak berhubung laporan pendakwaan yang dijangka akan dikemukakan terhadap anak guamnya.

Akhbar  New Straits Times melaporkan, Rosmah bakal berdepan dengan 20 pertuduhan jenayah dalam masa terdekat selepas siasatan yang bermula dua tahun lalu itu dilengkapkan.

Siasatan terhadap Rosmah dibuka semula sejak tiga bulan lalu sejurus BN ditumbangkan dalam PRU 14.


Pada5 Jun lalu, Rosmah, 66, meluangkan masa lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  bagi memberi keterangan  berhubung kes SRC International Sdn Bhd. - Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments