Polis Perancis bingung,Barang Kemas RM3.8 Juta Milik Puteri Saudi Dirompak

Polis Perancis bingung,Barang Kemas RM3.8 Juta Milik Puteri Saudi Dirompak

Polis Perancis bingung,Barang Kemas RM3.8 Juta Milik Puteri Saudi Dirompak

LESAP… Ketika polis Perancis bingung siasat kes di Hotel Ritz di Paris pada 10 Januari lalu dengan barang kemas bernilai €4 juta (RM19 juta) lesap, kali ini kes hampir sama berlaku lagi di premis itu.

Namun ia melibatkan seorang kerabat diraja Arab Saudi yang dilaporkan kehilangan €800,000 (RM3.8 juta) barang kemas miliknya disimpan di bilik hotel penginapan dirinya, menurut sumber polis ibu kota Perancis itu semalam.
Pencuri berkenaan dilaporkan berjaya melarikan barangan puteri negara kaya minyak rantau Asia Barat itu pada Jumaat lalu sekali gus jadi kes kedua dalam tahun ini membabitkan hotel lima bintang di Place Vendome tersebut.
Barangan itu bagaimanapun hilang ketika tidak disimpan di peti kebal dan tiada tanda pecah masuk ke bilik anggota kerabat berkenaan, kata sumber yang turut mengesahkan laporan stesen radio awam 24 jam France Info 105.5 MHz.
Ia melaporkan bahawa mangsa yang merupakan puteri Arab Saudi menginap di suite mewah hotel milik jutawan terkenal Mesir, Mohamed Al-Fayed itu. Caj semalaman di bilik tersebut dianggarkan cecah €20,000 (RM97,000).
Satu kertas siasatan sudah pun dibuka oleh pihak bahagian jenayah terancang Perancis kerana modus operandi penjenayah begitu cekap dan profesional, kata sumber perundangan yang dipetik stesen radio berita tempatan itu.
Setakat ini, kerajaan Arab Saudi belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kes berprofil tinggi itu, malah media di negara berkenaan tidak pula melaporkan insiden jenayah tersebut. 

Post a Comment

0 Comments