Najib Dalam Penjara,Bagaimana Keadaan Rosmah Ketika Ini?

loading...
Loading...
Najib Dalam Penjara,Bagaimana Keadaan Rosmah Ketika Ini?

SHAH ALAM –  Susulan penangkapan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, anak perempuan beliau, Nooryana Najwa memuat naik satu posting di laman Instagram berkongsi luahan hatinya.
Dalam posting yang memaparkan gambarnya bersama Adam, anak lelakinya, Nooryana meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak berada di samping bapanya ketika menghadapi saat-saat sukar. 
“Ia sungguh menyakitkan di kala saya berada di tempat lain dan bukan di sana dengan kamu.
“Saya duduk di katil pada waktu ini 6 pagi di Boston, tak mampu untuk tidur, memikirkan keselamatan kamu, dan bagaimana Mummy, Ashman dan yang lain sedang atasinya, dan terfikir tentang satu petikan kata-kata yang saya beri kepada kamu minggu lalu,” tulis Nooryana sambil menukilkan petikan kata-kata Presiden Amerika Syarikat yang ke-26, Theodore Roosevelt.



Posting itu juga diakhiri dengan tanda pagar #prayfordsn.
Nooryana kini sedang melanjutkan pelajarannya di Harvard Kennedy School of Government. 
Najib ditahan pada petang tadi, 2 jam selepas beliau dipanggil untuk disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima pada 2013.
Menurut SPRM, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur, petang esok. -SuaraTv 

Post a Comment

0 Comments