Mahkamah kecoh Ismail Sabri dihalang masuk

Mahkamah kecoh Ismail Sabri dihalang masuk

Mahkamah kecoh Ismail Sabri dihalang masuk

Kira- kira 70 orang awam yang hadir bagi menyatakan sokong kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

Bagaimanapun, timbul kekecohan apabila rata-rata mereka bersama Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihalang memasuki pekarangan mahkamah pada pukul 2.50 petang tadi.



Selepas mengadakan perbincangan bersama pihak polis, hanya beberapa individu termasuk Ismail Sabri dibenarkan masuk bagi menyaksikan 25 pertuduhan dilakukan ke atas bekas presiden UMNO itu.

Menurut laporan Kosmo! lagi, penyokong pula dibenarkan memasuki ke lobi mahkamah.

Terdahulu, pasukan simpanan persekutuan (FRU) mula mengawal pintu masuk Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Post a Comment

0 Comments