Korek Anu Sampai Berdarah,Atok Terima Hukuman...Padan Muka Atok

Korek Anu Sampai Berdarah,Atok Terima Hukuman...Padan Muka Atok

Korek Anu Sampai Berdarah,Atok Terima Hukuman...Padan Muka Atok

WARGA emas dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan perhubungan seks dengan bayi berusia 11 bulan dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa pada 20 Ogos lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya, hari ini.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa iaitu anak asuhan menantunya di rumah teres di Seksyen 24 Shah Alam, Selangor kira-kira 4 petang pada 20 Ogos lalu.




Mengikut kertas pertuduhan, pengasuh yang juga menantu tertuduh memintanya untuk menjaga mangsa kerana ingin keluar untuk menguruskan pembaharuan insuran kereta dan cukai kenderaan.
Apabila pengasuh pulang, beliau mendapati mangsa dalam keadaan menangis dalam buaian dan dilihat ada darah berketul melekat di seluar yang dipakai mangsa, selain mangsa dalam keadaan meneran dan menangis tidak henti.
Pengasuh kemudiannya menghubungi ibu bapa mangsa dan memaklumkan bahawa mangsa berak berdarah. Ibu bapa mangsa kemudiannya mengambil mangsa dari rumah pengasuh dan terus membawanya ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan.
Selepas dirujuk kepada Pakar Obstetrik dan Ginekologi di hospital berkenaan, pemeriksaan mendapati terdapat kesan melecet dan kemerahan di bahagian dalam kemaluan mangsa selain kesan luka baharu sepanjang kira-kira dua sentimeter (cm) menghampiri dubur mangsa.
Keterangan doktor pakar menyatakan kecederaan yang dialami mangsa adalah boleh disebabkan objek tumpul besar yang dipaksa masukkan ke dalam faraj mangsa.

Post a Comment

0 Comments