Bunuh kucing bunting di mesin pengering: Polis buru dua lelaki

Bunuh kucing bunting di mesin pengering: Polis buru dua lelaki

Bunuh kucing bunting di mesin pengering: Polis buru dua lelaki

Sebuah video yang berjaya dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria, yang memaparkan dua lelaki bertindak kejam dengan membunuh seekor kucing betina terbiar yang sedang bunting menjadi tular.
Video selama 50 saat itu turut dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan memasukkan kucing itu ke dalam mesin pengering.
Pada kejadian jam 12.30 malam itu, mereka yang juga adalah pelanggan dobi tersebut kemudian berlalu pergi sambil membawa baju yang sudah dibasuh namun kemudian datang semula sambil memasukkan duit syiling ke dalam mesin pengering berkenaan.
Kedua-duanya meninggalkan kedai dobi itu sebaik menekan butang 'mula' pada mesin pengering yang mengandungi kucing betina berkenaan sebelum bangkainya ditemui seorang pelanggan dalam keadaan berlumuran darah.
Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika sebagai berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua lelaki itu dan sudah membuat laporan polis mengenai perbuatan zalim berkenaan.
Katanya, bangkai kucing betina itu ditemui oleh seorang pelanggan ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan sebelum melaporkannya kepada pengurusan kedai dobi terbabit.
"Hasil penelitian CCTV mendapati memang terdapat tiga lelaki datang ke kedai dobi berkenaan untuk membasuh baju mereka.
"Namun, dua daripadanya tiga lelaki itu kemudian bertindak memasukkan kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan membiarkannya," katanya.
Arie berkata, pihak pengurusan dobi berkenaan kemudian menghubungi Persatuan Haiwan Malaysia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum pihaknya mengambil keputusan membuat laporan polis pada jam 11 malam semalam berdasarkan bukti rakaman CCTV yang diperoleh.
Katanya, pihaknya turut melaporkan kejadian itu kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Veterinar Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
"Berdasarkan maklumat diperoleh, dua lelaki berkenaan adalah rakyat tempatan dan dipercayai tinggal berdekatan berikutan kerap membasuh baju di situ.
"Perbuatan dua lelaki itu memang cukup zalim dan berharap agar pelaku dijatuhi hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya.
Portal itu juga memetik Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof sebagai berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menyiksa dan membunuh haiwan dan tindakan mengesan suspek sedang dilakukan.

Post a Comment

0 Comments