Didakwa Dapat Duit Juta-juta Dengan Kerabat Brunei, Ini Respon Azrinaz Mazhar Hakim

Didakwa Dapat Duit Juta-juta Dengan Kerabat Brunei, Ini Respon Azrinaz Mazhar Hakim


Didakwa Dapat Duit Juta-juta Dengan Kerabat Brunei, Ini Respon  Azrinaz Mazhar Hakim


Pengumuman pernikahan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim pada Mei lalu mengejutkan ramai pihak. Azrinaz yang sebelum itu digosipkan dengan seorang selebriti media sosial mengakhiri khabar angin apabila memuatnaik gambar pernikahannya di Instagram.

Masih dalam fasa berbulan madu, pasangan ini sedang bercuti di luar negara menghabiskan masa bersama. Namun, ada pihak yang tidak berpuas hati dan melemparkan kata-kata berbaur fitnah kepada Azrinaz.

‘Untunglah dapat duit juta-juta..’




Seorang netizen tanpa usul periksa telah meninggalkan komen negatif pada foto percutian Azrinaz di Amerika Syarikat semalam.

Antaranya netizen itu menuduh Azrinaz beruntung kerana mendapat wang jutaan Ringgit daripada kerabat Brunei. Personaliti itu juga didakwa berlagak kaya dan bersenang-lenang dengan wang yang diperoleh.

Ini respon Azrinaz





Enggan melatah, Azrinaz dengan tenang membalas komen itu dengan bertanyakan kembali sama ada individu itu tahu dia pernah melancong ketika perkahwinan pertama dahulu. Tambah Azrinaz, malahan bapanya ada membawa mereka sekeluarga makan angin keluar negara berbanding ketika dia berkahwin.



Wanita itu juga menyifatkan pernyataan tersebut sebagai memalukan dan tidak berasas. Azrinaz juga sempat memerli bertanyakan sama ada dia bercuti menggunakan individu yang meninggalkan komen terbabit.

Pengikut tampil pertahan




Jangan peduli manusia iri hati



Post a Comment

0 Comments