Kenali Jare,kanak-kanak Tercantik Di Dunia

Kenali Jare,kanak-kanak Tercantik Di Dunia

Kenali Jare,kanak-kanak Tercantik Di Dunia

BOLEHKAN kanak-kanak perempuan Nigeria berusia lima tahun ini mengikut jejak langkah model Perancis, Thylane Blondeau?

Little Jare digelar sebagai 'malaikat' 'benar-benar menakjubkan' dan 'seperti anak patung' oleh pengikutnya di Instagram.

Pada minggu lalu seorang jurugambar perkahwinan Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya, lapor The Sun.

Gambar tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen yang mengagumi kecantikan asli Jare.



Malah, gambar itu turut mendapat perhatian yang sama dengan gambar Blondeau, model Perancis ketika usianya enam tahun.

Menurut Bamuyiwa, Jare bukanlah model cilik profesional.

Jare dan dua lagi kakaknya, Jomi, 7, dan Jobs, 10, sering berpose di depan kamera.
Tiga beradik itu mempunyai akaun Instagram dengan nama The J3 Sisters.

Mereka mempunyai hampir 91,300 pengikut meskipun hanya beberapa sahaja gambar dimuatnaik di media sosial itu.

"Saya mahu sesiapa sahaja melihat potensi Jare. Saya mahu gambar itu bercakap dengannya ketika dia mencapai usia remajanya," kata Bamuyiwa.

Post a Comment

0 Comments