Terlalu Penat....doktor tertidur di lantai hospital lepas bekerja 28 jam

Terlalu Penat....doktor tertidur di lantai hospital lepas bekerja 28 jam

Terlalu Penat....doktor tertidur di lantai hospital lepas bekerja 28 jam




“I salute you doctor!” – Gambar doktor tertidur di lantai hospital lepas bekerja 28 jam jadi viral

SEORANG pakar bedah di China kini dianggap wira oleh orang ramai berikutan gambarnya tidur di atas lantai hospital selepas bekerja selama 28 jam tanpa henti tular di media sosiall.


Gambar berkenaan dirakam pada 30 Mac lalu, di sebuah hospital in daerah Dingyuan, wilayah Anhui, namun hanya disiarkan di media sosial baru-baru ini.

Daily Mail yang memetik laporan People’s Daily Online melaporkan, sebaik semua pembedahan selesai, doktor berkenaan dikenali sebagai Luo Heng, tidur di atas lantai kerana terlalu letih.

Beliau bekerja sepanjang malam, melakukan dua pembedahan dan keesokan paginya melakukan tiga lagi pembedahan.

Pengguna Weibo (Twitter versi China) memuji doktor berekenaan kerana dedikasinya manakala sebahagian lagi mempersoalkan rehat diperlukan doktor antara sesuatu pembedahan.

Seorang pengguna menulis: “I salute you! You have worked hard (Saya tabik anda! Anda bekerja keras).”

Post a Comment

0 Comments