NEW YORK – Hubungan pasangan pelakon popular, Brad Pitt dan Angelina Jolie dikatakan semakin pulih dan prosiding perceraian mereka juga telah ‘dilambat-lambatkan’ demi anak mereka.
Pitt, 53, berkata, dia telah berhenti minum minuman keras, hanya minum jus kranberi dan air soda serta sering menghubungi Angelina, 42.
Malah aktor itu mengakui cara dia mendidik anak-anak perlu perubahan selain mendedahkan dia kini mengikuti program terapi.
Menurut sumber, hubungan pasangan itu kini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Angelina tidak pernah melupakan pengorbanan Pitt semasa aktres itu menjalani pembedahan membuang pa yu dara dan ketakutannya terhadap penyakit kanser,” katanya seperti yang disiarkan oleh portal Mirror.
Menurut sumber itu lagi, Angelina merindui sokongan dan kelembutan Pitt dan kini hubungan mereka lebih baik daripada sebelumnya.
Sumber lain yang rapat dengan pasangan itu pula berkata, secara keseluruhan pasangan itu semakin mesra dan melakukan apa sahaja untuk anak mereka.
“Justeru keadaan sekarang adalah lebih baik berbanding setahun lalu,” katanya.
Sebelum ini Angelina menuduh Pitt mendera anak-anaknya, Maddox, 15; Pax, 13; Shiloh, 11; Zahara, 12, dan pasangan kembar Vivienne dan Knox yang berusia sembilan tahun.
0 Comments