Demikian tulis seorang ibu berkongsi kisah nyaris 'kehilangan' bayinya gara-gara diberi minum air masak yang mana ketika itu belum mencapai usia enam bulan.
Menerusi perkongsian di Facebook Mama dan Anak, Syafiqah Norsin Ahmad berkata, sehingga kini dia masih trauma apabila mengingati kembali detik cemas yang hampir meragut nyawa bayinya itu.
Mengimbas kembali insiden tersebut, wanita ini berkata ia berlaku ketika dia berada di rumah ibu mentuanya bagi menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak bongsunya.
"Anak saya bukan jenis high demand. Langsung tidak. Lepas lahir pun tak menangis, hari-hari biasa pun tak menangis. Just jenis suka minum susu badan.
"MIL (ibu mentua) asyik kata anak saya tak kenyang. Nak kena bagi makan minum ekstra. Bagi nestum dan lain-lain. Dan saya bertegas, ia adalah salah. Alhamdulillah nampaknya macam mereka memahami.
"Satu hari, anak saya menangis. Pertama kali la kira dia menangis macam budak-budak lain. Dan tanpa kebenaran saya, dia disuap air masak.
"Saya memang nak tenangkan anak saya dulu tapi MIL nak saya makan dulu dan (dia) ambil anak. Saya ingat nak dukung je, rupanya nak suap air masak. Sangat sikit je amaunnya," tulisnya.
Perkongsian pengalaman seorang ibu yang hampir kehilangan anaknya hanya kerana air masak.
Sejak itu, bayinya sering muntah dan lebih membimbangkan, ia berlarutan sehingga hampir 20 hari.
Tidak sedap hati, wanita ini kemudian membawa bayinya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) sebelum merujuk kes bayinya ke hospital.
"Sampai hospital besar terus dibuat x-ray. Dalam imej usus kosong. Tak ada usus. Rupanya usus dah mengembang teruk, memang dah tak ada rupa usus.
"Kenapa lewat refer? Sebab dia aktif dan minum banyak macam biasa. Doktor pun tak nak refer sebab makan elok, aktif. Tapi, dia dah projectiles (muntah) hampir 20 hari tanpa henti," katanya lagi.
Bayi yang berusia enam bulan ke bawah hanya memerlukan susu ibu atau susu formula.
Tambah wanita tersebut, anaknnya terpaksa dibedah bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.
"Masuk wayar ikut mulut, dia ditidurkan separa sedar. Puasa dari mula-mula rujuk pakar pagi tu sampai malamnya. Ibu pun ikut prosedur untuk anak dibedah.
"Hanya sebab diberi sedikit yang sangat sedikit air masak. Sampai macam itu anak saya kena. Saya cukup-cukup trauma. Anak saya hampir mati hanya sebab sedikit air masak.
"Fikir elok-elok sebelum nak ikut kata orang, orang tua, jiran, saudara mara. Berbicara dengan doktor anda. Ini pengalaman sebenar saya. Setidak-tidaknya semua sahabat yang saya kasihi peka dengan perkara ini," tulisnya lagi.
0 Comments