Pelakon Abby Abadi buntu apabila pengasuh kepada dua orang anak angkatnya, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang dikenali sebagai Azieah gagal dikesan selepas pulang ke kampung halamannya sejak empat hari lalu.
Dedah Abby, Azieah terputus hubungan selepas menghantar sekeping foto pintu wad kec3masan sebuah h0spital awal pagi tadi.
“Pasal pintu h0spital tadi, Azieah (pengasuh Daiyan Dayana) minta cuti kata nak balik kampung empat hari.
“Haritu balik sekali dengan kawan dia, naik keretapi laju katanya. Semalam janji nak balik semula.. tapi sampai malam tadi tak sampai-sampai.
“Saya WhatsApp tanya kat mana dia kata malam tadi baru nak naik bas, jadi saya agak kalau naik bas, pagi ni la sampainya kan?
“Saya mesej malam tadi dia kata nak naik bas pukul 11 malam. Lepas subuh tadi saya mesej lagi tanya dah sampai belum, dia tak jawab-jawab dan tiba-tiba ada kawannya pula tolong jawabkan hantar gambar pintu tu kata accldent semalam nak pergi Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar.
“Saya mesej lagi tanya nak tau keadaan, lama tak berjawab… tiba-tiba ada orang lain pula jawab… Sy agak musykil disitu sebab tu saya tanya sebab tak dapat nak contact keluarga atau kawan-kawan dia,” tulis Abby.
Perihal kehilangan tiba-tiba Azieah terus menjadi tanda tanya Abby memandangkan dia dan suami perlu memenuhi tuntutan kerja hari ini.
“Jadi, dimanakah Azieah agaknya sekarang ye.. Risau saya aduhai… Dah la saya dan suami ada kerja hari ni. Kasihan Daiyan Dayana,” tambahnya.
Terdahulu, menerusi beberapa entri di Instagram, Abby memohon bantuan netizen untuk mendapatkan pengesahan lokasi sebenar pintu kec3masan h0spital seperti dalam foto yang diterimanya daripada Azieah.
Ada yang mendakwa pintu berkenaan merupakan akses ke ruang x-ray di Hospital Kuala Lumpur malah ada yang mendakwa pintu terbabit di salah sebuah hospital di Jitra, Kedah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
0 Comments