Percutian di Malaysia yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar tragik bagi remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari sebuah resort penginapan keluarganya.
Anak istimewa berumur 15 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari sini.
Mayat remaja Ireland itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah. Pengesahan identiti mayat itu dilakukan selepas pengecaman oleh ahli keluarga remaja malang itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Terdahulu, pencarian Nora Anne mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang siap ‘berkampung’ di kawasan itu sejak remaja itu dilaporkan hilang. Pencarian itu juga mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi yang turut melibatkan sejumlah tenaga yang besar. Antaranya pakar penjejak terdiri anggota pasukan komando 69, unit anjing pengesan K9, pasukan Senoi Praaq, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, penduduk orang asli dan sukarelawan. Selain pasukan dari Malaysia, polis dari Ireland, England dan Perancis juga berada di negara ini sejak minggu lepas bagi membantu siasatan kes kehilangan remaja itu. – Bernama
Pelbagai andaian dan cerita berkaitan kematian Nora Anne terus diperkatakan. Melalui perkongsian daripada twitter @HilmiQimie lokasi penemuan mayat Nora Anne sememangnya sering merangut banyak nyawa.
Kalau nak tahu, kami warga Pantai dan berdekatan pun tak berani nak pergi ke Gunung Berembun, tempat Nora Anne ditemui mati tu.Yang tahu je tahu..
Akan dikongsikan cerita sebenar di sebalik sejarah misteri gunung berembun ini soon.
— BUFF UHT (ULTRA HOT TOUGH) (@HilmiQimie) August 13, 2019
Kredit: mstar
Kredit: astroawani
0 Comments