Wanita berkebaya putih, rambut mengurai ganggu Fazura, Fattah minta baca ayat Kursi

Wanita berkebaya putih, rambut mengurai ganggu Fazura, Fattah minta baca ayat Kursi

Wanita berkebaya putih, rambut mengurai ganggu Fazura, Fattah minta baca ayat Kursi

PELAKON Nur Fazura berdepan pengalaman misteri dan menakutkan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak.
Menurut Fazura, 34, dia dan kru melihat kelibat wanita berambut panjang menyerupai dirinya semasa mereka berada di set lakonan tersebut.
"Dalam pukul 3 pagi waktu rehat, beberapa kru minta saya tengok belakang dan nampak kelibat wanita memakai baju sama seperti saya ketika itu.
"Memang sama, kebaya putih dengan kain sarung, cumanya rambutnya mengurai ke hadapan dan tak nampak muka. Kami semua buat tak tahu sahaja.
"Beberapa kali juga kelibat itu muncul di set penggambaran, mujurlah tiada yang kena gangguan dan semuanya berjalan lancar," katanya kepada mStar.
Fazura tak lupa pengalaman misteri yang berlaku semasa penggambaran filem Dendam Pontianak.
Fazura ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu, Fazura membawakan watak pontianak bernama Mina.
Sementara itu, penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini bersyukur tiada kejadian pelik atau aneh berlaku selepas penggambaran itu.
Fazura dan suami tersayang, Fattah Amin.
Malah, suaminya Fattah Amin berpesan supaya dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai pelindung diri.
"Mujurlah balik rumah tak ada apa yang aneh berlaku, suami turut berpesan supaya baca ayat Kursi sebelum masuk rumah.
"Alhamdulillah semuanya okay sahaja dan perasaan seram itu tidak terbawa-bawa ke rumah," katanya.
Fazura bersama pelakon Remy Ishak dan Nik Harraz Danish.
Dendam Pontianak menjalani penggambaran di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan Perak.
Ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan dibelenggu dengan perkara misteri yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.
Selain Fazura, filem ini turut dibintangi oleh Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.
Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September ini.
Ia turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.
Lagu tema berjudul Kasihku Selamanya dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Post a Comment

0 Comments