KUALA LUMPUR : Bagi pendaki baharu yang ingin mencuba pendakian gunung, Gunung Berembun adalah salah satu destinasi yang sesuai buat beginners.
Bagaimanapun, laluan yang melibatkan pendakian Gunung Berembun boleh dianggap sukar memandangkan keadaan jalan licin dan permukaan muka bumi yang menegak.
Itu yang digambarkan oleh Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia, Muhammad Fazlee Sabarudin ketika dihubungi Astro AWANI petang Selasa.
Pada Isnin, kawasan gunung itu ditumpukan sebagai kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, remaja Ireland yang dkhuatiri hilang sejak 4 Ogos lalu.
Terbaharu, polis mengesahkan pasukan SAR telah menemui satu mayat di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, pada Selasa.
Polis percaya mayat yang ditemui adalah Nora Anne
NILAI, 12 Ogos (Bernama) — Polis yakin mayat wanita berkulit cerah yang ditemui petang tadi, adalah mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dalam sidang media di Balai Polis Pantai, Seremban berkata bagaimanapun pengesahan hanya dapat dibuat selepas laporan bedah siasat diperoleh.
“Keluarga mangsa juga telah ke Hospital Tuanku Jaafar untuk pengecaman mayat,” katanya.
Mengulas lanjut, mayat wanita itu ditemui oleh sepasukan pendaki sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 1.57 petang.
Mayat itu ditemui di lurah berdekatan dengan anak sungai (small stream), 2.5 kilometer dari resort Nora Anne dilaporkan hilang.
Beliau berkata mayat dibawa keluar daripada lokasi yang ditemui menggunakan helikopter dan terus diterbangkan ke HTJ.
Dalam pada itu, Mazlan berkata mayat itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian (bogel) dan enggan mengulas sama ada terdapat sebarang kecederaan pada tubuh mayat berkenaan dan menegaskan perlu menunggu laporan bedah siasat.
Ditanya pemberita adakah kawasan mayat dijumpai itu pernah dicari (cover), Mazlan berkata kawasan itu merupakan sebahagian daripada kawasan pencarian.
Datuk Mohamad Mat Yusof
“Kita sudah cover kawasan itu dua kilometer, empat kilometer dan enam kilometer dan kemudian berpatah balik... kita on and off kita covered the area,” katanya.
Ditanya adakah kemungkinan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Mazlan berkata kes masih lagi disiasat dibawah kes orang hilang.
Mazlan berkata sebarang perkembangan lanjut mengenai kes berkenaan akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.
Terdahulu, Mazlan turut meninjau lokasi penemuan mayat berkenaan dan turut bertemu dengan keluarga Nora Anne.
Nora Anne disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai oleh keluarganya pada 8 pagi 4 Ogos.
Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.
KELUARGA KATA ITU MEMANG MAYAT NORA
Keluarga remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu mengesahkan mayat yang ditemui pasukan SAR di kawasan Pantai, Seremban tengah hari Selasa adalah mayat anak perempuan mereka, Nora Anne Quoirin.
Pengesahan itu diperoleh selepas keluarga mangsa membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).
Bagaimanapun, proses bedah siasat belum dijalankan dan hanya akan dilakukan pada jam 10 pagi esok oleh Senior Patologi dari Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Seremban, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, operasi SAR masih diteruskan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Jam 1.57 petang tadi, mayat Nora Anne ditemui sekumpulan pendaki yang menyertai pasukan SAR di Gunung Berembun, 2.5 kilometer dari resort penginapannya dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai.
0 Comments