Keterujaan lawat air terjun jadi petunjuk penemuan Mayat Nora Anne

Keterujaan lawat air terjun jadi petunjuk penemuan Mayat Nora Anne

Keterujaan Nora Anne lawat air terjun jadi petunjuk penemuannya

KUALA LUMPUR: Keinginan Nora Anne Quoirin untuk melawat sebuah air terjun memberi petunjuk kepada pasukan pencari untuk mencari gadis berkenaan di kawasan berkenaan, walaupun pencarian kawasan itu sudah dilaksanakan sebelum ini.

Seorang sukarelawan Shirley Yap dari Kelab Mendaki Seremban memberitahu portal Daily Mail Onlinebahawa dia terdengar tentang keinginan gadis itu untuk melawat air terjun lantas membuatkan pasukannya bertekad untuk melakukan pencariannya di kawasan berkenaan.

"Kami dengar bahawa dia (Nora) sangat teruja untuk melihat air terjun apabila dia sampai ke resort," jelas Shirley kepada portal tersebut.

"Kami mencarinya di kawasan itu dan menuruti aliran sungai."

Laporan awal menyatakan bahawa mayat mayat Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang Selasa.


Mayat Nora ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

Jasadnya ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap.

Polis memaklumkan bahawa kawasan penemuan mayat itu berada dalam kawasan pencarian sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments