Ramai di antara kita mungkin masih berdamping dengan bantal busuk sejak dari kecil lagi walaupun kini sudah menginjak usia dewasa. Bagi sesetengah orang, bau bantal busuk itu bisa menyenangkan hatinya.
Baru-baru ini seorang gadis (non muslim) berkongsi luahannya mengenai teman lelaki yang mengugut mahu berpisah selepas ternampak bantal busuknya. Luahan itu dimuat naik di Facebook UTAR Confessions untuk meminta nasihat dari dan dia kini berada dalam keadaan buntu.
"Saya telah menjalinkan hubungan dengannya selama dua tahun dan pada Hari Valentine, saya bawa dia ke rumah untuk kami luangkan masa bersama.
"Dia kemudian ternampak bantal busuk saya yang tidak dicuci setahun dan mula mempersoalkannya. Malah, dia mengugut mahu meninggalkan saya serta bertanya kenapa saya tak basuh bantal busuk itu dalam tempoh yang lama," katanya.
Gadis itu mengakui dia agak terkejut dengan tindakan teman lelakinya sehingga sanggup mengugutnya seperti itu. Tetapi dia faham kerana teman lelakinya itu mementingkan kebersihan (germophobe).
Enggan memanjangkan perkara itu, dia kemudian membasuh bantal busuknya. Malangnya, si teman lelaki masih tidak berpuas hati.
"Walaupun saya dah basuh bantal busuk, tetapi dia tak dapat terima. Walao, saya dah basuh bantal busuk itu disebabkan awak, tapi awak masih enggan memaafkan saya," katanya yang meminta pendapat dan nasihat dari netizen, apa yang dia perlu lakukan sama ada teruskan perhubungan itu atau sebaliknya.
Sementara itu, netizen terkejut kerana gadis itu sanggup membasuh bantal busuknya yang telah lama bersama dengannya berbanding si teman lelaki yang baru dua tahun mengenali dia.
"Kalau dia sayangkan awak, dia sepatutnya boleh menerima bantal busuk awak juga.
"Awak boleh tukar teman lelaki tetapi awak tak boleh basuh bantal busuk!" kata netizen.
0 Comments