MENJADI impian setiap wanita untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, langsing dan menawan.
Namun, faktor kesihatan dan cara pemakanan setiap individu juga penting bagi mendapatkan saiz badan yang dihajati.
Enggan dibelenggu masalah berat badan, seorang wanita nekad membuat transformasi sehingga dia yang dahulunya memakai baju bersaiz XXL kini bebas memilih fesyen kegemarannya.
"Selain untuk sihat, saya juga stress cari baju. Apabila ada baju cantik yang saya suka, saiznya pula tak ada.
Foto transformasi berat badan Hanum.
"Bila dah kurang berat badan, senang nak cari baju. Dulu saya pakai baju saiz XXL, sekarang pakai saiz S.
"Saya jaga pemakanan dan bersenam, bermula 18 Oktober 2017 hingga sekarang. Dari 75.4 kilogram, kini berat saya 58 kilogram," ujar Nur Hanun Muhammad kepada mStar Online.
Kisah transformasi guru berusia 28 tahun itu tular di laman Twitter sehingga menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet).
Dia sewaktu dihubungi mStar Online turut bercerita mengenai segelintir lelaki yang mula mendekatinya setelah dia memiliki bentuk badan ideal.
"Ada la beberapa orang. Tapi saya ada kepercayaan. Kalau betul dia serius, kenapa pandang fizikal? Mereka dah kenal saya sewaktu berat badan yang dulu.
Alhadmulillah saya dikelilingi orang yang baik, tak pernah saya dikutuk atau diejek sebab berat badan.
NUR HANUM MUHAMMAD
Guru di Buku Jalanan Chow Kit
"Kenapa bila kurus baru nak suka, kenapa perasaan suka berubah bila lihat saiz badan? Misalnya gemuk semula lepas kahwin, nak tinggalkan ke?" soal Hanum lagi.
Biarpun tidak pernah dihina sewaktu berbadan gempal, Hanum turut mengakui wujudnya stigma buruk dalam kalangan masyarakat terhadap individu gemuk.
"Ada sesetengah orang yang rasa gemuk tu buruk. Pada mereka, cantik ialah apabila orang tu kurus, putih dan tinggi. Definasi cantik itu subjektif.
"Alhadmulillah saya dikelilingi orang yang baik, tak pernah saya dikutuk atau diejek sebab berat badan.
"Sekarang bila dah viral, ramai juga yang hantar mesej kepada saya. Ada yang bercerita, mereka dihina keluarga sendiri sebab gemuk," ujarnya yang bertugas di Buku Jalanan Chow Kit.
Antara video senaman yang boleh ditonton di Youtube.
Dalam pada itu, Hanim berkata dia mengamalkan tip kesihatan yang merangkumi 80 peratus dari aspek penjagaan makanan dan 20 peratus dari segi senaman.
Ujarnya, dia juga banyak membuat rujukan di internet termasuklah melihat rutin senaman menerusi platform video YouTube.
"Awal-awal memang rasa susah, kena biasakan badan kita. Selain joging, hiking, saya juga bersenam kat rumah.
"Tahun ini saya nak cabar diri, nak sertai marathon pada April ini dan saya target untuk naik Gunung Kinabalu pula," katanya lagi.
0 Comments