Rosmah Di Tahan,Esok Di Tuduh

Rosmah Di Tahan,Esok Di Tuduh

Rosmah Di Tahan,Esok Di Tuduh

PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendapat izin Jabatan Peguam Negara untuk mendakwanya.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Rosmah ditahan pada 3.20 petang tadi, selepas disoal siasat hampir 5 jam berhubung siasatan pengubahan wang haram.

Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 8 pagi esok dan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ini kali ke-3 Rosmah dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, selepas disoal siasat selama 13 jam berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB, seminggu lalu.
Kali pertama Rosmah dipanggil SPRM ialah 5 Jun, disusuli 26 September lalu untuk membantu siasatan ke atas SRC International.

Peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran belum mengeluarkan kenyataan setakat ini.
Suaminya, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan 32 pertuduhan pecah amanah, 
penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.

Selepas tiga jam disoal siasat, Najib keluar ikut pintu belakang




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah disoal siasat selama tiga jam berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO dan bekas Pengerusi Barisan Nasional, tiba di bangunan yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM itu kira-kira pujul 9.40 pagi tadi.

Wakil media yang berkumpul seawal pukul 8 pagi di lobi menara, hampa apabila dimaklumkan Ahli Parlimen Pekan itu telah meninggalkan kawasan berkenaan sekitar pukul 1 petang mengikut jalan belakang.

Beliau kini sedang menghadapi 21 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melibatkan dana RM2.6 bilion berkait kes 1MDB.

Post a Comment

0 Comments