Memang tular apabila pelakon Izreen Azminda dan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih sinonim dengan panggilan Ude Wahid bersanding dengan mengenakan tiga persalinan baju pengantin, semalam.
Pasangan ini telah pun mengadakan majlis resepsi dengan penuh meriah di sebuah lokasi di Melaka.
Menerusi persalinan pertama, Izreen dan Ude menggayakan persalinan serba putih. Ude segak dengan berbaju Melayu sementara Izreen cantik dengan persalinan gaun kembang rona senada.
Kemudian, mereka beralih dengan mengenakan baju songket sedondon untuk sesi malam berinai sementara untuk malamnya, pasangan ini dilihat mengenakan pula baju pengantin dalam rona keemasan, sebagaimana yang boleh ditatap menerusi media sosial Izreen.
Untuk rekod, Izreen dan Ude melangsungkan pernikahan 8 Ogos tahun lalu di Damansara berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor. Pasangan ini sah menjadi suami isteri yang sah dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Izreen Azminda
0 Comments