'Bodyguard' Saiful Bukhari Persis KJ,Netizen Gelak

'Bodyguard' Saiful Bukhari Persis KJ,Netizen Gelak

'Bodyguard' Saiful Bukhari Persis KJ,Netizen Gelak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan dirinya kini mempunyai banyak masa terluang.

Ia susulan perkongsian oleh wartawan Channel News Asia, Sumisha Naidu melalui Twitter peribadinya yang memuat naik foto pengawal peribadi calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Foto tersebut dipercayai diambil semasa Saiful melancarkan tabung khas dana PRK Port Dickson sebagai bantuan dan sokongannya untuk berkempen pada Selasa.


Pengawal peribadi Saiful digambarkan oleh Sumisha mempunyai rupa paras mirip Khairy yang lebih sinonim dengan gelaran KJ.


Malah, Sumisha turut memuat naik foto dari sisi tepi yang katanya dari pandangan tepi dia lebih nampak mirip KJ.

KJ yang memberi respons melalui tweet itu berkata, “Well, I have a lot of free time now.”


Komenya itu turut mendapat gelak tawa oleh netizen.


Sejak kebelakangan ini, KJ sering dilihat memberi respons terhadap isu semasa melalui perkongsian di Twitter.

Perkongsian oleh wartawan Sumisha Naidu melalui Twitter peribadinya yang memuat naik foto pengawal peribadi calon PRK PD, Saiful Bukhari yang dikatakan mirip Khairy Jamaluddin. - Foto: Twitter/@SumishaCNA & Instagram/@khairykj

Post a Comment

0 Comments