[VIDEO] Kronologi Tsuami Palu,Sulawesi,Ombak Setinggi 2 Meter

[VIDEO] Kronologi Tsuami Palu,Sulawesi,Ombak Setinggi 2 Meter

[VIDEO] Kronologi Tsuami Palu,Sulawesi,Ombak Setinggi 2 Meter







Sejak 9 malam tadi, suasana panik mula melanda bandar Palu selepas diserang tsunami. Menurut laporan Agensi Geofizik Indonesia, Wilayah tengah Indonesia itu telah digegarkan dengan gempa bumi berkekuatan 7.5 pada skala Richter.

Beberapa pengguna Twitter mula berkongsi video ombak yang berukuran 2 meter membadai pantai di kawasan Palu. Sama-sama kita doakan keselamatan mereka. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Ombak tsunami

— METRO TV (@Metro_TV) September 28, 2018
Video di media sosial menunjukkan orang ramai menjerit dan melarikan diri dengan panik. Banyak bangunan-bangunan sekitar kawasan itu turut terjejas teruk termasuk sebuah masjid besar di daerah Palu. Pegawai telah melaporkan lima kematian tetapi masih kurang jelas jika mereka adalah mangsa kejadian tsunami.

Bekalan elektrik terputus





Banyak bangunan-bangunan yang telah ranap akibat gempa bumi. Penduduk panik dan terpaksa keluar meninggalkan kediaman mereka.
Agensi Geofizik Indonesia, Sutopo Purtwo Nugroho telah mengesahkan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud telah mencetuskan tsunami kuat di Donggala, Sulawesi Tengah. Tambahan, pihak mereka mengalami kesukaran untuk menghubungi pihak berkuasa di Donggala dan Palu memandangkan rangkaian telekomunikasi yang terjejas selain bekalan elektrik pula terputus.

Nugroho turut berkata, pihak mencari dan menyelamat sudah mula dihantar ke kawasan yang dilanda tsunami. Sejumlah 600,000 penduduk berada di Donggala dan Palu. Buat masa ini, lapangan terbang Palu telah ditutup sejak 7.30 malam tadi.

Doakan buat Palu







Sumber : BBC



Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
terimakasih infonya sangat membantu, dan jangan lupa kunjungi web kami http://bit.ly/2DEJSkI