Ayah Pasha 'Ungu' risau keselamatan anaknya di Palu

Ayah Pasha 'Ungu' risau keselamatan anaknya di Palu

Ayah Pasha 'Ungu' risau keselamatan anaknya di Palu

JAKARTA: Jaringan telekomunikasi yang terjejas dan bekalan elektrik yang terputus di lokasi berlaku bencana tsunami dan gempa bumi di Palu, membimbangkan keluarga vokalis kumpulan Ungu, Pasha.

Pasha yang kini merupakan Wakil Walikota Palu dikatakan tidak dapat dihubungi oleh keluarganya.

Difahamkam, seperti yang dipetik dari media tempatan, Pasha berada di Palu ketika gempa bumi dan tsunami itu terjadi.

Bagaimanapun, Pasha dikatakan berada dalam keadaan baik berdasarkan maklumat dari kumpulan Whatsapp rakan-rakannya.

Beberapa pembekal jaringan telekomunikasi di republik itu dilaporkan masih dapat menghubungkan pengguna di kawasan bencana tersebut, meskipun tidak stabil.



"Sampai sekarang belum dapat berkomunikasi, terputus komunikasinya," kata bapa Pasha, Syamsudin, seperti yang dilapor portal detiKHOT, pada Jumaat.

Syamsudin juga mengatakan kali akhir dia menghubungi Pasha ialah ketika anaknya itu berada di Jakarta, tiga hari lalu.

Astro AWANI yang turut cuba menghubungi Pasha masih belum membuahkan hasil.

Post a Comment

0 Comments