Pati Kurma Homemade Amoijamu ini alternatif terbaik menggantikan air rebusan kurma. Sebabnya jenis pati ini buat sekali, tahannya sampai sebulan jika disimpan dalam peti ais.
Kelebihan yang mak-mak kena tahu, mujarab untuk mak-mak yang nak tambah darah, buang angin lesu dalam badan dan tambahkan susu masa berpantang.
“Kebanyakkan orang akan mengenali resepi ini sebagai resipi penambah susu waktu berpantang dikalangan masyarakat melayu. Namun resipi ini telah lama diamalkan oleh kaum cina sejak zaman dahulu kala.” Kongsi Amanda Tan yang lebih dikenali dengan nama Amoijamu.
“Hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara mengolah resepi ini menjadi sebagai pati supaya senang diamalkan jika kekurangan masa untuk merebus.”
Cara penyediaan agak mengambil masa pada permulaannya tetapi setelah selesai anda akan dapati cara ini sangat senang kerana anda boleh menikmati minuman ini bila-bila masa sahaja dan tidak perlu tunggu atau jaga api setiap kali ingin menikmatinya.
Bahan-bahan Pati Kurma Homemade Amoijamu
250 gram Kurma Cina kering150 gram Longan kering
150 gram Goji Berri kering
100 gram Halia Tua
50 gram Jaggery* atau Gula Melaka
*Jaggery adalah serupa Gula Melaka tetapi diimport dari India.
Cara Penyediaan
Belah kurma cina kering dan keluarkan bijinya.
Masukkan bahan rendaman, hirisan halia dan sedikit air rendaman supaya senang diblenderkan. Air ikut keperluan.
**Oleh kerana ia mempunyai gula, ia tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis.
Khasiat Pati Kurma Homemade Amoijamu
√ Sangat bagus untuk meningkatkan sel sel darah merah.√ Ciri ciri antioksidan yang mampu awet muda
√ Melancarkan perjalanan darah.
√ Mengekalkan fungsi hati.
√ Memulihkan tenaga
√ Memperbaiki kualiti penglihatan.
√ Meningkatkan sistem imun badan.
√ Agen pembina darah merah.
√ Menguatkan otot dan tulang.
√ Membantu sistem penghadaman.
√ Membantu memperbanyakkan susu ibu.
Nota Wajib Baca:
Di atas adalah perkongsian Pati Kurma yang saya sendiri amalkan buat beberapa bulan ini. Efeknya bagus. Sebab tu saya kongsikan.Sumber/Foto : Amanda Tan
0 Comments