Zaleha Bujang: Derma barang kemas demi Najib kerana teringat Tunku tuntut kemerdekaan

Zaleha Bujang: Derma barang kemas demi Najib kerana teringat Tunku tuntut kemerdekaan

Zaleha Bujang: Derma barang kemas demi Najib kerana teringat Tunku tuntut kemerdekaan

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, mendermakan seutas gelang emas untuk mengisi Tabung Kemudahan Guaman Datuk Seri Najib Razak mendakwa ia bukan bertujuan menunjuk-nunjuk atau riak.

Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Melaka itu berkata, ia adalah tanda simpati dan sokongan kepada bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Bukan niat saya untuk menunjuk. Saya buat begitu supaya ada yang akan mengikutnya untuk kita membantu pemimpin yang kita segani dan hormati.

“Orang kata, kalau kita nak tolong orang, berikanlah apa yang kita sayang.

“Malah, saya teringat kepada nostalgia zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra untuk ke London (menuntut kemerdekaan), ada yang sanggup gadaikan barang kemas demi kemerdekaan negara,” katanya kepada wartawan Berita Harian. 

Video mengenai sumbangan gelang emas menunjukkan Zaleha menanggalkan gelang emas yang dipakai untuk dijual bagi mengisi Tabung Solidariti Bebaskan Najib turut menyentuh hati bekas Perdana Menteri itu yang memuat naik entri mengenainya di akaun Twitter rasminya.

Nota Ana Ghoib: Benar sesungguhnya ‘orang buta yang melihat itu lebih baik dari orang yang melihat tapi buta!’.

Bagaimana pula niat yang baik diletak pada tempat tidak baik atau makan makanan bersih dari bekas yang kotor samada tidak atau belum dibersihkan?

Mungkin aku ini kerana simpati terhutang jasa budi hingga kelabu mata – maka menjadi pelik-pelik manusia sekarang tanpa sedar mengikat diri sendiri mahukan saham baiah persekongkolan dari dunia sampai ke mahsyar.

Jika dahulu veteran melayu Umno rela menyerahkan barang kemas sebagai belanja Tunku Rahman ke London tuntut merdeka. [Baca SINI] 

Menurut sejarah, Tunku enggan melewatkan kemerdekaan tanah Melayu setelah melihat air hujan menitis dari bumbung rumah persekutuan yang usang bocor ketika beliau mendudukinya.

Itulah susah dan miskinnya melayu dan ahli Umno yang miskin rela berkorban demi niat murni dengan tujuan jelas berbanding berkorban untuk orang yang sedia kaya-raya menyimpan barang kemas RM800 juta.

Ironinya orang diderma bukan tuntut merdeka tapi malah menggadai tanah Melayu kepada China Komunis.

Jika seutas rantai emas yang disimpan kemudian dirampas sahaja berharga lebih RM6 juta maka pusat Zakat hendaklah periksa adakah sudah dibayar zakat harta barang tersebut?
Yang kata kes Najib fitnah itulah sebenarnya pemfitnah. Yang kata aib itulah yang buat malu kaum. Bicara segera habis cerita.

Firman Allah: Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka. – (An-Nisaa’ 4:63)

Post a Comment

0 Comments