Mengerikan, Mayat Dikerat Dua Disumbat Dalam Bagasi Ditemui Di Sungai Gombak..

Mengerikan, Mayat Dikerat Dua Disumbat Dalam Bagasi Ditemui Di Sungai Gombak..

Mengerikan, Mayat Dikerat Dua Disumbat Dalam Bagasi Ditemui Di Sungai Gombak..



KUALA LUMPUR: Satu mayat yang dikerat beberapa bahagian sebelum disumbat dalam dua bagasi berasingan ditemui di tebing Sungai Gombak di Jalan Ipoh, di sini hari ini.

Penemuan mayat itu terbongkar selepas seorang lelaki ternampak kaki manusia daripada bagasi berkenaan ketika sedang menyiram pokok berhampiran kawasan itu sekitar pukul 11.30 pagi.


Menurut satu sumber, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian pihak polis menemui tiga bagasi dengan dua daripadanya berisi anggota badan manusia.

Kandungan bagasi pertama berisi tangan, kaki dan kepala manakala bagasi kedua pula berisi badan sahaja.

61530782921_freesize.jpg
Anggota Forensik melakukan pemeriksaan mayat tanpa identiti dipercayai dikerat kepada beberapa bahagian di temui di tebing Sungai Gombak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.- Foto Bernama

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah ketika dihubungi berkata pihak polis masih tidak pasti jantina mangsa berikutan mayat mangsa dibalut dalam plastik hitam sebelum dimasukkan dalam bagasi berkenaan.

Menurutnya lagi, bagasi ketiga berisi pakaian pula ditemui 100 meter dari bagasi berisi mayat namun pihak polis tidak dapat mengesahkan ia milik mangsa berikutan tiada sebarang identiti dalam bagasi tersebut.


Katanya, mayat akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Setakat ini, pihak polis telah mengambil keterangan daripada tiga gelandangan bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

0 Comments