Akaun Di Bekukan,Ini Luahan Yana Najib

Akaun Di Bekukan,Ini Luahan Yana Najib

Akaun Di Bekukan,Ini Luahan Yana Najib



PETALING JAYA: Anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mendakwa ada pihak mengarahkan pihak bank untuk membekukan akaun peribadi beliau dan anaknya yang berusia 10 bulan.

Dakwa Nooryana Najwa, akaun bank anaknya itu hanya mengandungi wang berjumlah RM100 untuk menyimpan duit raya yang pertama kali diterima bayi itu.

"Sebaik saya menjamin bapa saya semalam (Rabu) menggunakan wang yang dikumpul daripada rakan-rakan dan kaum keluarga, pihak bank memaklumkan mereka menerima arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran persekolahan sendiri.

"... termasuk akaun simpanan anak saya berusia 10 bulan yang mengandungi RM100 di dalamnya. Ia adalah duit raya pertamanya tahun ini.

Nooryana Najwa yang juga dikenali sebagai Yana mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dianggap bersifat berdendam terhadap keluarganya.




Catatan Facebook oleh Nooryana Najib.

"Adakah kerajaan sangat berdendam dan mahu menyingkirkan seluruh ahli keluarga kami? Apakah kaitan simpanan anak saya dengan 1MDB?

"Adakah ini Malaysia Baru yang rakyat harapkan?," tulis Nooryana Najwa melalui catatan Facebook yang ditujukan kepada grup Malaysians for Civil Liberty (Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil).

Dilaporkan, Nooryana Najwa dan adiknya Norashman membayar jaminan sebanyak RM500,000 daripada RM1 juta di kaunter Maybank cawangan mahkamah jam 2.45 petang Rabu.

Baki sebanyak RM500,000 akan dilunaskan pada Isnin depan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Post a Comment

0 Comments