src="http://cdn.innity.net/admanager.js">

Berkelakuan Pelik!Farid Kamil Tidak Berbaju Berkeliaran Di Jalan.

Loading...
Berkelakuan Pelik!Farid Kamil Tidak Berbaju Berkeliaran Di Jalan.

PELAKON DAN PENGARAH LELAKI BERGELAR DATUK YANG DITAHAN SELEPAS MENAMPAR ANGGOTA POLIS TRAFIK DAN MENENDANG ORANG AWAM DI BALAI POLIS TRAFIK KOTA DAMANSARA, TENGAH HARI TADI, DISAHKAN POSITIF DADAH.

PERKARA ITU DIMAKLUMKAN KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYA, ASISTEN KOMISIONER MOHD ZANI CHE DIN.

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon berkenaan didapati positif dadah jenis ganja. Esok, pelakon itu akan dibawa ke mahkamah untuk dapatkan reman,” katanya.
Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.
Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Difahamkan, dia juga turut menendang dua orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.“FARID DIKATAKAN MENGAMUK SETELAH DITUNJUKKAN ARTIKEL DI TELEFON BIMBIT “300 ARTIS PINJAM AH LONG”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber : OhMedia
Laporan Polis Mangsa ..
Menurut mangsa, beliau berjumpa dengan Farid Kamil dalam keadaan tidak berbaju di dalam hujan dan dia cuba untuk menahan kereta. Mangsa berhentikan kereta dan diberitahu Farid Kamil terlibat dalam kemalangan.

ADAKAH INI FARID KAMIL? VIDEO INI DIRAKAM OLEH SALAH SEORANG NETIZEN MENGATAKAN LELAKI TIDAK BERBAJU INI ADALAH FARID KAMIL


Disebabkan tidak berbaju dan Farid Kamil memberitahu dia sejuk, mangsa membawa Farid ke Restoren Bonda untuk meminjam sehelai baju. Mereka terus menuju ke balai polis berdekatan. Kelakuan Farid Kamil mula menunjukkan sedikit pelik sebab dia memegang stereng kereta ketika bergerak dan mengambil gambar secara tiba tiba.
Di balai polis, mangsa memberitahu secara tiba tiba Farid Kamil melempang dia kemudian Farid melempang anggota polis berdekatan. Mangsa juga ditendang di bahagian kemaluan. Terdapat beberapa orang saksi dan ketika itu juga Farid Kamil ditahan terus oleh pihak polis.
Gambar Dari OhMedia
APA RESPOND ISTERI FARID KAMIL, DIANA DANIELLE?
“BERI kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima Kasih,” kata pelakon, Datin Diana Danielle, 26, berhubung berita penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil petang tadi.
Sementara itu, ibu kepada Diana, Norsiah Ramli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai berita penahanan menantunya itu.
“Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media.
“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.
“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long.
“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

No comments

z35W7z4v9z8w