‘Jangan Buat Perkara Ini Sewaktu Bercuti Di Jepun!’
Jepun memang menjadi antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti ke luar negara.
Selain terkenal dengan keindahannya, Jepun juga popular dengan kehidupan budayanya yang sangat berdisiplin. Kehidupan rakyat Jepun dikatakan sangat teratur dan sering menjadi contoh kepada masyarakat luar sebagai masyarakat minda kelas pertama.
Selain terkenal dengan keindahannya, Jepun juga popular dengan kehidupan budayanya yang sangat berdisiplin. Kehidupan rakyat Jepun dikatakan sangat teratur dan sering menjadi contoh kepada masyarakat luar sebagai masyarakat minda kelas pertama.
Tetapi, tahukah anda bahawa setiap negara terdapat pantang larangnya tersendiri? Kita mungkin rasa benda yang kita lakukan di negara kita adalah normal tetapi sebenarnya tidak disukai di negara lain.
Begitulah pengalaman pelakon Sherry Ibrahim sewaktu melancong ke Jepun. Dia telah berkongsi kisahnya dan apa perkara yang tak patut dilakukan di sana. Jom kita dengar nasihat Sherry ini !
- Mesti punctual, tepati waktu tidak kira masa termasuklah sewaktu ikut tour. Jika kedai itu tutup pukul 10, jangan masih nak membayar di kaunter kalau tidak anda akan dihalau.
- Jangan suka-suka mengambil gambar, sesuka hati hendak merakam contohnya sewaktu mereka sedang menyiapkan makanan.
- Sewaktu menaiki keretapi, telefon haruslah berada dalam mod senyap. Jangan cakap kuat-kuat atau anda akan ditegur oleh mereka.
- Bukan semua teh hijau di sana sedap, kena dengan tekak orang Malaysia kerana kebanyakan teh di sana tiada gula.
Pengikut Sherry Ibrahim di Instagram juga turut menyokong apa yang dikatakan selain turut menambah beberapa tips lagi yang perlu dipatuhi sekiranya berhajat melancong ke sana.
Antara yang info yang ditambah oleh pengikut Sherry di ruang komennya.
- Berdiri hanya di sebelah kiri sewaktu menaiki eskalator.
- Merokok hanya di kotak merokok yang disediakan.
- Jangan berikan wang tips kepada mereka kerana mereka tidak menyukainya.
Jadi selepas mengetahui info ini, diharap anda lebih peka dan membuat survey dan research dahulu sebelum bercuti ke mana-mana negara nanti. Jika tidak,kita mungkin akan melakukan perkara yang dilarang di negara mereka tanpa kita sedari.
0 Comments