Suasana Hiba Keluarga Di Raja Sambut Ketibaan Jenazah Bonda Sultan Ibrahim

Suasana Hiba Keluarga Di Raja Sambut Ketibaan Jenazah Bonda Sultan Ibrahim

Suasana Hiba Keluarga Di Raja Sambut Ketibaan Jenazah Bonda Sultan Ibrahim 



Suasana hiba menyelubungi perkarangan Hangar DiRaja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ketika keranda bonda DYMM Sultan Johor diusung turun dari pesawat peribadi milik Baginda.

Terdahulu pesawat yang membawa jenazah bonda Tuanku Sultan Johor tiba dari London pada jam 11 malam dengan diiringi oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Mengiringi sama ialah KYDTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda berkenan hadir menyambut ketibaan jenazah Almarhumah YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah bersama Keluarga serta Kerabat DiRaja Johor.

Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom kemudian diusung ke ambulans peribadi Tuanku Sultan Ibrahim sebelum dibawa ke Istana Besar.


Almarhumah Hajah Khalsom, 82, mangkat pada jam 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London pada 1 Jun lalu.

Almarhumah akan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah sebelum solat zohor esok (6 Jun).

*PENUTUPAN JALAN SEMASA ISTIADAT PEMAKAMAN*

Adalah dimaklumkan jalan-jalan berikut akan ditutup secara berperingkat pada hari Rabu 6.6.2018 mulai pukul 8.30 pagi hingga Istiadat pemakaman selesai.
Jalan-jalan yang terlibat ialah
1. Jalan Ayer Molek
2. Jalan Yahya Awal
3. Jalan Mahmoodiah.

Post a Comment

0 Comments