KUALA LUMPUR – Aktivis wanita, Asiah Abd Jalil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan suaminya yang sering ke masjid bagi menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.
Dia meluahkan rasa kecewa itu di laman Facebooknya sebentar tadi bagi menyindir suaminya.
“10 terakhir Ramadhan. Encik suami mula lesap waktu sahur pulak, beribadah di masjid. Dah la sepanjang Ramadhan setakat ni dia lesap waktu berbuka puasa, beribadah di masjid juga.
“Betullah kot, perkahwinan ni menghalang hubungan dengan Tuhan. Sebab tu paderi dan tok sami tak kahwin, hidup macam dalam gua untuk beribadah semata-mata.
“Sebab tu juga ramai ulama’ zaman silam tak kahwin. Diorang nak beribadah tanpa gangguan tanggung jawab terhadap isteri dan anak-anak.
“Eh, Rabiatul Adawiyah pun malas kahwin. Sebab dia dah nampak bahawa perkahwinan ni hanya melambatkan urusan dia masuk syurga. Dah la syurga wanita Islam ada bawah tapak kaki suami. Kena sujud kepada suami, selain daripada sujud kepada Tuhan,” katanya.
Terdahulu dia turut mengaku penyokong fahaman liberal sambil menyifatkan suaminya sebagai ‘pak lebai’ munafik walaupun sering ke masjid.
“Encik suami yang berperwatakan pak lebai vs saya yang geng liberal, tentulah orang lebih percaya apa yang encik suami cakap.
“Dulu masa kami nak bercerai, encik suami tunjal-tunjal kepala saya untuk kejut solat Subuh. Encik suami nafikan, dia kata dia cuma picit-picit tanda kasih sayang. Satu Malaysia percaya encik suami dan tuduh saya berbohong.
“Hari ni encik suami pukul belakang saya berulang kali. Sampai melekat bekas tapak tangan dia kat belakang saya. Dia boleh kata, itu cuma tepuk?
“Jantan yang pukul isteri ni memang munafik, walaupun dia kaki masjid tunggang terbalik sembah Tuhan.
Asiah sebelum ini sering menimbulkan kontroversi kerana gemar mengeluarkan pandangan yang keras mengkritik Islam dan ulama
0 Comments