PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA BONDA SULTAN JOHOR SEBELUM DI MAKAMKAN

Loading...
ORANG RAMAI HADIR MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA BONDA SULTAN JOHOR

Orang ramai mula hadir di Istana Besar, Johor Bahru bermula jam 8 pagi tadi (6 Jun) bagi memberi penghormatan terakhir kepada bonda DYMM Sultan Johor, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah yang disemayamkan di Dewan Singgahsana.

Bacaan Al-Quran juga diperdengarkan sepanjang masa sejak malam tadi.

Istiadat Pemakaman Almarhumah Hajah Khalsom diadakan separuh Istiadat Kemangkatan DiRaja dan jenazah akan diusung turun melalui Tangga Agung pada jam 10.15 pagi sebelum ditarik oleh sebuah pedati khas membabitkan 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar sejauh 2.8 kilometer ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.
Jenazah Almarhumah bonda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu akan dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim yang mangkat akibat kanser pada 5 Disember 2015 sebelum waktu solat Zohor.
Almarhumah Hajah Khalsom, 84, atau nama asalnya, Josephine Ruby Trevorrow dilahirkan pada 2 Disember 1935 di Cornwall, England.

Hasil perkahwinan bersama Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Almarhumah Hajah Khalsom dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah; Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah; Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Loading...

No comments