Best Information

Breaking

Wednesday, 6 June 2018

Chef Ajar Buat Tart Kismis Untuk Tambah Koleksi Raya

Loading...
Chef Ajar Buat Tart Kismis Untuk Tambah Koleksi Raya
Gambar Hiasan: Shutterstock
Bahan:
Inti:
  • 200g kismis (Kismis California)
  • 100ml air
  • Tiga batang cengkih
  • 30g gula
  • Dua sudu makan air lemon atau limau nipis
Pastri:
  • 210 g Mentega
  • 60 g Gula aising, ayak
  • 1/4 sudu kecil esen vanila
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 220 g tepung
  • 40 g tepung jagung (Ayak bersama tepung)
Cara Menyediakannya:
  1. Untuk membuat inti, masukkan kismis dan air di dalam periuk kecil. Masak atas api sederhana sehingga kismis mengembang dan cecair tinggal separuh (anggaran 10 minit)
  2. Tambah cengkih, gula dan jus lemon. Kacau sehingga larut dan reneh lima minit lagi. Angkat periuk. Keluarkan cengkih. Sejukkan inti sebelum puri dikisar menjadi pes di dalam alat pencencang elektrik atau pemproses makanan
  3. Pindahkan puri kismis  kembali ke dalam periuk dan masak atas api perlahan selama lima hingga enam minit atau sehingga inti kismis menjadi pekat. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Sejukkan.
  4. Untuk membuat pastri, masukkan mentega di dalam mangkuk adunan saiz sederhana, biarkan sehingga lembut dalam suhu bilik selama lima hingga 10 minit. Tambah gula aising, vanila dan garam. Pukul dengan senduk kayu selama tiga hingga lima minit atau sehingga adunan menjadi lembut berkrim (jangan terlebih pukul). Masukkan tepung yang diayak bersama tepung jagung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh lembut.
  5. Susun mangkuk kertas mini di dalam dulang pembakar atau acuan kek/pai kecil. Masukkan separuh pastri ke dalam beg piping yang telah dipasang muncung bintang. Kemudian tekan pastri secara memusar ke dalam mangkuk kertas, letak inti jem kismis di tengah.
  6. Bakar tat kismis di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu (160 darjah celcius selama 12 hingga 15 minit atau sehingga pastri ranggup dan berubah sedikit warna. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
loading...
terimakasih sudi like

No comments: