Nampak Pelik,Ifa Raziah Akui Terkena Santau Angin
Tidak mahu memikirkan hal yang bukan-bukan, bintang senasi berusia 42 tahun itu cuba bersikap optimis dengan tidak terlalu memikirkan hal yang berlaku kerana ia melibatkan elemen khurafat iaitu santau dan dia enggan mempercayainya.
Menurut Ifa, ada kenalan yang memberitahu ia mungkin antara kesan sampingan hasil dari kepercayaan karut tersebut.
“Santau…Ada orang beritahu saya sebab dia tengok saya ni macam banyak angin. Baru saja dia terangkan kepada saya,”katanya ketika ditemui di Pelancaran Mood Republik di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Kongsinya lagi, dia difahamkan amalan karut tersebut mempunyai pelbagai cara untuk ‘dihantar’ kepada individu dimaksudkan.
“Santau katanya macam-macam. Ada yang ‘dihantar’ daripada angin. Memanglah benda ni khurafat tapi tak dinafikan ada yang amalkan.
Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi kalau ada yang nak buat, boleh je buat,”jelas Ifa yang kini turut aktif di dalam dunia keusahawanan.
Aduhai, seram juga bila mendengar keluhan Ifa. Apa pun, sebagai umat Islam kita dilarang melakukan hal yang boleh menyebabkan diri sesat, terpesong dari landasan sebenar!
Foto: Instagram Ifa Raziah
0 Comments