Ekoran status viral dari Chef Wan di IG baru-baru ini, Tun Mahathir terpanggil untuk memberi komen yang mengejutkan ramai. Ada video. Jom baca dan kongsikan.
TUN MAHATHIR UCAP TERIMA KASIH
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan penghargaannya kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, susulan kenyataan cef selebriti itu berkenaan isu-isu semasa baru-baru ini.
Bagi bekas perdana menteri itu, Chef Wan berani berkata benar dan menegakkan keadilan di saat mengekalkan pendiriannya untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Saya sedar Chef Wan bukanlah ahli parti politik, jauh sekali menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Namun saya amat menghargai pandangan yang menumpukan keadilan dan kesejahteraan negara, tidak memihak kepada mana-mana (tetapi) kebenaran semata-mata,” katanya menerusi video di Facebooknya.
KOMEN CHEF WAN YANG VIRAL
Semalam, Chef Wan dalam satu posting di Instagram menyentuh apa yang berlaku kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), yang kini terpalit skandal kehilangan hak milik tanah.
“Dulu, felda. Now, failed dah,” katanya yang meluahkan kemarahannya apabila mengenang pengorbanan bapanya selaku peneroka, dan dirinya sendiri yang membesar di Felda.
“Semua kepercayaan semuanya habis hanyut ke laut,” katanya lagi sambil berharap mereka yang terlibat, yang disifatkannya sebagai “penyamun”, di bawa ke muka pengadilan.
Dalam posting beberapa hari lalu pula, Chef Wan berkongsi pengalamannya menolak permintaan parti politik kerajaan dan pembangkang yang memintanya berkempen untuk mereka dan berkata risau melihat “permainan kotor” dalam politik dengan menjadikan apa yang berlaku kepada Mahathir sebagai contoh.
BERANI WALAU TAK MASUK POLITIK
Mahathir berkata, keberanian untuk bersuara sudah memadai tanpa perlu terlibat dalam politik secara langsung.
“Inilah yang disuruh agama kita – mengamalkan amar makruf dan menolak yang mungkar.
“Jika kita dapati ada pihak yang mengamalkan amar makruf, itu pun sudah memadai. Terima kasih, Chef Wan,” kata Pengerusi BERSATU itu lagi.
VIDEO UCAPAN TUN MAHATHIR KEPADA CHEF WAN
0 Comments